Sunday, March 13, 2011

::mengHARGAi sebelum diHARGAi::



ASSALAMUALAIKumm.....

Mungkin byk perkara yg kite buat dilakukan seikhlas hati kita. Akan tetapi sehingga kini ia langsung tidak menunjukkan sebarang kejayaan.Pujian mungkin jauh sekali. Apatah lagi untuk dihargai oleh orang lain?Atau mungkin org akan ckp "tu kan da mmg tanggungjawab ko!"

Mungkin sudah menjadi lumrah hidup kita , org asyik menunding jari ,ataupon sentiasa mencari kesalahan kita. Kalau sekarang kita sedang mengusahakan sesuatu kerja yang akhirnya tidak berjaya, kita akan di cemuh, dipandang sebelah mata, dikutuk dan mungkin juga dijadikan bahan tawa mereka.betul ke tu??Atau khayalan atau perasaan kita semata2,.

jikalau sentiasa berfikiran mungkin tidak pernah usaha perih jerih ini dihargai, apatah lagi untuk diberi sokongan…tidak hairanlah kenapa ramai orang takut kecundang. Ramai orang takut untuk memulakan langkah…mencuba jauh skali..

Persetankan persoalan2 dan kemungkinan2 seketika.just Try asked yourself…

Selama ni kita buat kerja utk ape??demi siapa??

Selama ini, kenapa kita buat kerja yg kita lalui seharian?

Agak-agaknyalah, kita buat semua perkara yang tidak ada orang hargai ini kerana merekakah yg sengal atau kerana kita memang nak buat perkara tersebut?

Aku yakin dan pasti. Apa yang kita buat selama ini adalah untuk diri kita sendiri. Namun kita rasa kecewa kerana ia masih tidak menunjukkan sebarang kejayaan, korang sedih kerana tiada orang menghargai usaha anda dan anda rasa terkilan kerana semuanya seolah-olah berakhir sia-sia.

Dont be like that dude!!…sebenarnya apa yang anda lakukan meskipun tidak berjaya, ia sebenarnya amat bernilai. Mungkin tidak bagi orang lain, tetapi YA bagi korang sendiri .Berjaya atau tidak, ia memang hasil kerja korang!pedehal diorang nk pandang sinis atau tidak..at least korang da cuba yg terbaek..

Jika xde seorang pun menghargai usaha korang, anda patut menghargai usaha anda sendiri. Usah pedulikan orang lain. Di mana-mana pun orang hanya nampak ‘kejayaan’, mereka tidak pernah nampak ‘disebalik tabir’ usaha yang dicurahkan untuk mencapai kejayaan tersebut.Mcm layar atau kain putih, diconteng setitik dakwat yg sgt2 kecil..klu ditanya kepada org laen..ape yg mereka nampak disitu..sudah pasti ape yg dilihatnya hanya setitik dakwat kecikk gilerr tu...layar putih berseri disekelilingnya ade yg org highlight kn??

Namun ada seorang yang nampak! Dan orang itu ialah diri korang sendiri! Hanya korang yang boleh menghargai apa yang korang dah buat samada ia berjaya ataupun tidak.

korang minat ngn keta2 atau superbike dri jenama HONDA kan..nak tau ape die ckp??

“Apa yang orang nampak hanyalah 1% dari kejayaan saya, tetapi mereka tidak nampak 99% kegagalan saya!”

Soichiro Honda

tp die xde r ckp dlm melayu..haha..

'ala kulli hal..klau bukan kita sendiri sape lg???

klu bukan skrg bile lg???

klu bukan disini dimana lg??

klu kte x mampu menghargai diri sendiri...mcmmne nk org laen mnghargai ape yg kita buat???bolh ke kita nk hargai pe yg kita lakukan??xmcm perasan sendiri ke t??

insyaallah boleh!!krn.....

SEGALANYA-MUNGKIN........




2 comments:

Si cOmOt dAn sI eYQa said...

penat tak tulis semua tuu ;p

hadi_qm said...

xpenat pon..sekadar membebel pada dri sendiri..aleh2 je da siap stu post..haha