Friday, January 22, 2010

Sultan Johor mangkat.



JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.

Baginda berusia 77 tahun.

Almarhum mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini pada pukul 11.20 malam.

Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera dan puteri.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.

Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Petang ini, putera sulung baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.

Berita mengenai kegeringan Sultan Iskandar diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad pada pukul 5 petang.

Almarhum merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden, Almarhum Sultan Abu Bakar.

Sultan Iskandar, yang merupakan Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, menerima pendidikan awal di Johor Bahru, sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia dan United Kingdom.

Baginda yang merupakan Kolonel Yang Dipertua, Rejimen Perkhidmatan Khas Malaysia (Komando), sering kelihatan memakai uniform tentera pada upacara rasmi kerana minatnya dalam bidang ketenteraan.

sumber:Utusan Malaysia

p/s:takziah kpd seluruh rakyat johor di atas pemergian Sultan Johor,Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail,semoga baginda ditempatkan bersama para aulia` dan syuhada` diSANA..Al-fatihah..

Monday, January 18, 2010

7 org maut banjir di MESIR!!


Egypt pounded by floods, 7 dead

2010-01-18 22:28

El Tor - At least seven people died in flash floods and heavy rains in southern Egypt and Sinai on Monday, including a British tourist who drowned when his boat capsized on the Nile, officials said.

The Ras Sidr area on the west coast of the Sinai peninsula saw the heaviest flooding on Sunday night, forcing rescuers to use rubber rafts to search for injured people and those trapped in their homes.

A woman died in Abu Sweira in the Ras Sidr area and a man was killed in Wadi Adani in central Sinai and at least 13 were hurt, a security official told AFP, adding that dozens were reported missing.

Flooding blocked main roads in the resort town of Sharm el-Sheikh and heavy rains brought down the ceiling in a part of the airport, an AFP correspondent said.

Parts of Sinai including Taba, Nuweiba and Sharm el-Sheikh experienced electricity cuts as thousands of tourists in the popular diving resorts spent the night by candle light, in the worst flooding to hit Sinai since January 1994.

Five ports were closed due to bad weather on Monday including Sharm el-Sheikh and Sokhna on the mainland.

Two people were also killed in the southern Aswan governorate where rains and floods collapsed more than 40 mud-brick houses, police said.

The British tourist was killed when winds toppled his boat in the Nile, in the Aswan region, and he drowned, they said.

Two people, including a young boy, were also killed in separate incidents in the Red Sea governorate and near the Sudanese border when their buses overturned, police said.

Dozens of people were also injured in the bad weather, police said.

- AFP


p/s:mungkinkah ini jawapan kpd pembinaan tembok pemisah oleh mesir???seGaLaNya-MunGkiN..

Apa ada dlm KAABAH??-video version!!



p/s: subahanallah..semoga video ini menafikan fitnah khabar angin berkenaan dgn pe yg terkandung dlm kaabah..subhanallh..Ya Allah,serulahku ke Bait-Mu..amin..sempatkah aku ke sana??seGaLaNya-MunGkin...