Tuesday, October 6, 2009

..:::Syeikh Tantawi haramkan purdah ke Universiti al-Azhar??:::..

Sumber : utusan meloya

KAHERAH 6 Okt. - Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi merancang untuk mengharamkan pelajar perempuan yang memakai purdah daripada memasuki institusi-institusi pendidikan di bawah Universiti al-Azhar.

Seorang pegawai keselamatan semalam berkata, polis telah menerima arahan secara lisan supaya menghalang pelajar perempuan yang berkelubung daripada memasuki institusi-institusi al-Azhar termasuk sekolah menengah dan tinggi, serta asrama beberapa universiti di Kaherah.

Pegawai itu berkata, pengharaman tersebut adalah atas sebab keselamatan.

Langkah itu dipercayai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membendung manifestasi Islam yang dianggap ultrakonservatif di Mesir.

Sungguhpun majoriti wanita Mesir memakai tudung, hanya segelintir yang memakai purdah atau dikenali di sini sebagai niqab yang menutup muka dan lebih kerap ditemui di Arab Saudi yang mengamalkan ajaran Wahhabi.

Kebanyakan ulama berpendapat purdah tidak wajib tetapi hanyalah adat resam yang diamalkan oleh masyarakat Arab Badwi sebelum kedatangan Islam.

Rancangan Tantawi itu diumumkan semasa beliau menyuruh seorang pelajar sekolah menengah di sebuah kelas yang dikunjunginya awal minggu ini, supaya menanggalkan niqabnya.

Syeikh itu melawat sekolah-sekolah al-Azhar pada permulaan tahun akademik untuk memeriksa langkah yang diambil bagi membendung wabak selesema babi, menurut butir-butir lawatan yang disiarkan semalam oleh akhbar bebas, Al-Masry Al-Youm.

Tantawi dengan tegas memberitahu gadis berkenaan bahawa niqab 'tidak ada kena-mengena dengan Islam dan hanya satu adat resam' dan memaksanya menanggalkan niqabnya.

Beliau kemudian mengumumkan akan mengeluarkan arahan tidak lama lagi bagi mengharamkan pelajar perempuan yang memakai niqab daripada memasuki sekolah-sekolah al-Azhar.

"Niqab tidak ada kaitan dengan Islam...saya lebih arif tentang agama daripada kamu dan ibu bapa kamu," kata Tantawi kepada pelajar berkenaan.

Seorang sarjana di sebuah pusat penyelidikan al-Azhar, Abdel Moati Bayoumi berkata, para sarjana al-Azhar akan menyokong Tantawi jika beliau mengeluarkan arahan tersebut.

Bagaimanapun pengkritik langkah itu berkata, pengharaman niqab tidak akan dilaksanakan.

Arahan sebelum ini oleh Kementerian Wakaf untuk mengharamkan penceramah wanita yang memakai niqab daripada memasuki masjid dibantah keras.

Seorang penyelidik yang dihalang daripada memasuki perpustakaan Universiti Amerika di sini pada 2001 kerana memakai niqab membawa kesnya ke Mahkamah Agung Mesir dan akhirnya menang.

Mahkamah memutuskan pengharaman menyeluruh ke atas niqab menyalahi perlembagaan. - AP

p/s : erm..buknnye wajib pon bende tu..tp bagaimana pula jika pakai tudung dgn pemakaian baju ketat lg sendat bg wanita..dan pemakaian bikini di pantai2 khususnye negara islam..tidak ditekankan ke pengharamannye???ke melanggar hak asasi manusia jika dikuatkuasakan undang2 cmtu???seGaLanYa MunGkiN...

Monday, October 5, 2009

Saturday, October 3, 2009


bila..
kita rase kita berada diatas..
tuhan akan terus mnguji kita ..
uji kekuatan kita dgn menduga ape yg kita rncang kn.
klau iman kita kukuh..kita mampu bertahan..
kalau kite lemah.kita akan terus jatuh.

kata org..
hargai apa yg kita sayangi bile mereka ade di depan mata..
ucapkan sayang semasa mereka mengharapkannya..
tunjukkn setia semase mereka masih ada disisi..

kerana... ..
bile mereka sudah tiada..
sekurang2 nya mereka tau..
tau yg mereka dihargai..

kalau lah dgn meratap itu boleh merubah mase ....

tapi ketentuan ALLAH tu maha adil..
perjalanan hidup mesti diteruskan..
kdg2 salah dan silap itu adalah kurniaan yg paling berharga
mengajar kita utk melangkah dgn lebih berhati2..
dan apabila kita dah melangkah ke jalan yg kita impikan..
usahlah sesekali menoleh ke belakang
kerana masa silam akan merubah rasa hati
dan perubahan itu mampu merubah diri kita
dan kita akan...GAGAL..

biarpun sakit utk menerima..
namun kita harus terus kuat..

teruskanlah hidup..dan usah menoleh ke belakang..
tak guna menunding jari..
dan xde siapa yang mampu mengubah diri kita..
ketahuilah bahawa ALLAH tidak akan mengubah nasib kita..
melainkan kita sendiri yang mengubahnya...

apa pun yang terjadi..
we not alone..
kerana..
DIA tetap bersama kita.
ever n forever..