Wednesday, May 26, 2010

::tanda-tanda kematian::




Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk engkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHUA`LAM

p/s:bila punye time kita akan sampai??mungkin esok??mungkin lusa??mungkin jap lg??seGalaNya munGkin..

Wednesday, May 12, 2010

Friday, February 26, 2010

..::;JADUAL FASA 2 AL-AZHAR TANTA..harap maklum!!!

Berikut merupakan jadual pembelajaran bagi semua pelajar Al-Azhar cawangan Tanta dan kawasan2 yg semaksud dgn namanya:-

KULIAH SYARIAH ISLAMIAH






KULIAH USULUDDIN







kredit to : blog dpmt dan exco upp dpmt yg bersusah payah taipkn utk korang.

*sila klik utk besarkan imej..nak besar lgi save n zoom la sepuas ati korang.



Diharap sahabat2 yg berada dipengembaraan segera pulang ke tanah air bagi meneruskn perjuangan anda sebagai seorang pelajar.Jadual pun sudah diberi,dahh tu x reti2 bahasa lg ke???(nasihat utk diri sndiri :p)

Harap maklum mengenai jadual di atas dan diharap supaya tidak berpura2 tidak dimaklumkn mengenai jadual ini..chow.. Assalamualaikum...



p/s : berazam utk tidak ponteng kuliah..mampu ke?????come on bro!!! SeGalanNya MunGkin.......

Monday, February 22, 2010

..:::KITA BIDA'Ah???::..

lokasi:-dlm bilik MAZHAB MALIKI masjid sultan hassan,KAHERAH.

Post ni dipublish sbgi tanda protes n muak dan jelek ngn perbincangan berkenaan dgn bida'ah membida'ahkn yg semakin berleluasa di Malaysia khususnya.Kalau bida'ah dholalah(bukan dolah!) mmg wajar bagi kita menentangnya..kerana ianya boleh merosakkn umat.ttp adakah bidaah hasanah juga perlu bagi kita membahaskankn dan memberi hujah yg berjela2 dan mnunjukkn pade dunia bahawa permahamannya yg terbaek????atau sbgi publisiti utk meyalahkan org tu dan org ni???

Malas utk membahaskn lagi tajuk perbincangan yg semakin memualkan ni.Kesimpulannya mngikut hukum aqli,jika dikiaskan SEGALA BENDA BARU YG TIADA PADA ZAMAN NABI ITU BIDAAH, makanya KITA ni pun bidaah jugak la eah??bile mase plk kita ade pade zaman nabi??

Banyak lagi perkara yg wajar dan lebih penting utk dibincangkan daripada mmbuang masa bertekak sebab perkara yg furu' ni.Dgn isu buang anak,zina , arak dan segala bagainya lagi berlaku di sekeliling kita,perlu ke kita membuang masa utk membahaskan bende yg furu'???bila nk sudahnya masaalah yg sedia ade ni jika sepanjang masa kita berusaha mencipta masaalah yg baru??

ckp byk pon x gune bro,sendiri mau ingat la..salam.

p/s: sebagai peringatan utk diri sendiri..SeGaLanya MunGkin....

Friday, January 22, 2010

Sultan Johor mangkat.



JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.

Baginda berusia 77 tahun.

Almarhum mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini pada pukul 11.20 malam.

Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera dan puteri.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.

Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Petang ini, putera sulung baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.

Berita mengenai kegeringan Sultan Iskandar diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad pada pukul 5 petang.

Almarhum merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden, Almarhum Sultan Abu Bakar.

Sultan Iskandar, yang merupakan Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, menerima pendidikan awal di Johor Bahru, sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia dan United Kingdom.

Baginda yang merupakan Kolonel Yang Dipertua, Rejimen Perkhidmatan Khas Malaysia (Komando), sering kelihatan memakai uniform tentera pada upacara rasmi kerana minatnya dalam bidang ketenteraan.

sumber:Utusan Malaysia

p/s:takziah kpd seluruh rakyat johor di atas pemergian Sultan Johor,Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail,semoga baginda ditempatkan bersama para aulia` dan syuhada` diSANA..Al-fatihah..

Monday, January 18, 2010

7 org maut banjir di MESIR!!


Egypt pounded by floods, 7 dead

2010-01-18 22:28

El Tor - At least seven people died in flash floods and heavy rains in southern Egypt and Sinai on Monday, including a British tourist who drowned when his boat capsized on the Nile, officials said.

The Ras Sidr area on the west coast of the Sinai peninsula saw the heaviest flooding on Sunday night, forcing rescuers to use rubber rafts to search for injured people and those trapped in their homes.

A woman died in Abu Sweira in the Ras Sidr area and a man was killed in Wadi Adani in central Sinai and at least 13 were hurt, a security official told AFP, adding that dozens were reported missing.

Flooding blocked main roads in the resort town of Sharm el-Sheikh and heavy rains brought down the ceiling in a part of the airport, an AFP correspondent said.

Parts of Sinai including Taba, Nuweiba and Sharm el-Sheikh experienced electricity cuts as thousands of tourists in the popular diving resorts spent the night by candle light, in the worst flooding to hit Sinai since January 1994.

Five ports were closed due to bad weather on Monday including Sharm el-Sheikh and Sokhna on the mainland.

Two people were also killed in the southern Aswan governorate where rains and floods collapsed more than 40 mud-brick houses, police said.

The British tourist was killed when winds toppled his boat in the Nile, in the Aswan region, and he drowned, they said.

Two people, including a young boy, were also killed in separate incidents in the Red Sea governorate and near the Sudanese border when their buses overturned, police said.

Dozens of people were also injured in the bad weather, police said.

- AFP


p/s:mungkinkah ini jawapan kpd pembinaan tembok pemisah oleh mesir???seGaLaNya-MunGkiN..

Apa ada dlm KAABAH??-video version!!



p/s: subahanallah..semoga video ini menafikan fitnah khabar angin berkenaan dgn pe yg terkandung dlm kaabah..subhanallh..Ya Allah,serulahku ke Bait-Mu..amin..sempatkah aku ke sana??seGaLaNya-MunGkin...