Thursday, December 17, 2009

Thursday, December 10, 2009

:::::kesekian kali:::::




p/s:aku xtw eg nape aku suke dengar lgu ni sejak mule menjejakkn kaki di mesir ni..cam ade kena mngena plk ngn aku:p ...thanks to ust. muin sbb dulu selalu bukak kuat2 n ulang2 lgu ni smpai aku terhafal dan minat kt lgu ni..huhu..bolehkah perkare yg kita lakukn di kesekian kali ini menjadi bekalan kita DISANA??seGaLanya munGkin...

Tuesday, October 6, 2009

..:::Syeikh Tantawi haramkan purdah ke Universiti al-Azhar??:::..

Sumber : utusan meloya

KAHERAH 6 Okt. - Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi merancang untuk mengharamkan pelajar perempuan yang memakai purdah daripada memasuki institusi-institusi pendidikan di bawah Universiti al-Azhar.

Seorang pegawai keselamatan semalam berkata, polis telah menerima arahan secara lisan supaya menghalang pelajar perempuan yang berkelubung daripada memasuki institusi-institusi al-Azhar termasuk sekolah menengah dan tinggi, serta asrama beberapa universiti di Kaherah.

Pegawai itu berkata, pengharaman tersebut adalah atas sebab keselamatan.

Langkah itu dipercayai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membendung manifestasi Islam yang dianggap ultrakonservatif di Mesir.

Sungguhpun majoriti wanita Mesir memakai tudung, hanya segelintir yang memakai purdah atau dikenali di sini sebagai niqab yang menutup muka dan lebih kerap ditemui di Arab Saudi yang mengamalkan ajaran Wahhabi.

Kebanyakan ulama berpendapat purdah tidak wajib tetapi hanyalah adat resam yang diamalkan oleh masyarakat Arab Badwi sebelum kedatangan Islam.

Rancangan Tantawi itu diumumkan semasa beliau menyuruh seorang pelajar sekolah menengah di sebuah kelas yang dikunjunginya awal minggu ini, supaya menanggalkan niqabnya.

Syeikh itu melawat sekolah-sekolah al-Azhar pada permulaan tahun akademik untuk memeriksa langkah yang diambil bagi membendung wabak selesema babi, menurut butir-butir lawatan yang disiarkan semalam oleh akhbar bebas, Al-Masry Al-Youm.

Tantawi dengan tegas memberitahu gadis berkenaan bahawa niqab 'tidak ada kena-mengena dengan Islam dan hanya satu adat resam' dan memaksanya menanggalkan niqabnya.

Beliau kemudian mengumumkan akan mengeluarkan arahan tidak lama lagi bagi mengharamkan pelajar perempuan yang memakai niqab daripada memasuki sekolah-sekolah al-Azhar.

"Niqab tidak ada kaitan dengan Islam...saya lebih arif tentang agama daripada kamu dan ibu bapa kamu," kata Tantawi kepada pelajar berkenaan.

Seorang sarjana di sebuah pusat penyelidikan al-Azhar, Abdel Moati Bayoumi berkata, para sarjana al-Azhar akan menyokong Tantawi jika beliau mengeluarkan arahan tersebut.

Bagaimanapun pengkritik langkah itu berkata, pengharaman niqab tidak akan dilaksanakan.

Arahan sebelum ini oleh Kementerian Wakaf untuk mengharamkan penceramah wanita yang memakai niqab daripada memasuki masjid dibantah keras.

Seorang penyelidik yang dihalang daripada memasuki perpustakaan Universiti Amerika di sini pada 2001 kerana memakai niqab membawa kesnya ke Mahkamah Agung Mesir dan akhirnya menang.

Mahkamah memutuskan pengharaman menyeluruh ke atas niqab menyalahi perlembagaan. - AP

p/s : erm..buknnye wajib pon bende tu..tp bagaimana pula jika pakai tudung dgn pemakaian baju ketat lg sendat bg wanita..dan pemakaian bikini di pantai2 khususnye negara islam..tidak ditekankan ke pengharamannye???ke melanggar hak asasi manusia jika dikuatkuasakan undang2 cmtu???seGaLanYa MunGkiN...

Monday, October 5, 2009

Saturday, October 3, 2009


bila..
kita rase kita berada diatas..
tuhan akan terus mnguji kita ..
uji kekuatan kita dgn menduga ape yg kita rncang kn.
klau iman kita kukuh..kita mampu bertahan..
kalau kite lemah.kita akan terus jatuh.

kata org..
hargai apa yg kita sayangi bile mereka ade di depan mata..
ucapkan sayang semasa mereka mengharapkannya..
tunjukkn setia semase mereka masih ada disisi..

kerana... ..
bile mereka sudah tiada..
sekurang2 nya mereka tau..
tau yg mereka dihargai..

kalau lah dgn meratap itu boleh merubah mase ....

tapi ketentuan ALLAH tu maha adil..
perjalanan hidup mesti diteruskan..
kdg2 salah dan silap itu adalah kurniaan yg paling berharga
mengajar kita utk melangkah dgn lebih berhati2..
dan apabila kita dah melangkah ke jalan yg kita impikan..
usahlah sesekali menoleh ke belakang
kerana masa silam akan merubah rasa hati
dan perubahan itu mampu merubah diri kita
dan kita akan...GAGAL..

biarpun sakit utk menerima..
namun kita harus terus kuat..

teruskanlah hidup..dan usah menoleh ke belakang..
tak guna menunding jari..
dan xde siapa yang mampu mengubah diri kita..
ketahuilah bahawa ALLAH tidak akan mengubah nasib kita..
melainkan kita sendiri yang mengubahnya...

apa pun yang terjadi..
we not alone..
kerana..
DIA tetap bersama kita.
ever n forever..

Friday, September 11, 2009

:::hukum menggunakan inhaler(gas semput) semasa berpuasa::::



Apakah hukum jika seseorang yang mengidap penyakit asma, tetapi menggunakan alat (sejenis pam) untuk melegakan sesak nafasnya (perlu pam melalui mulut). Adakah terbatal puasanya? Jika tidak mengambilnya, kesihatannya akan lebih mudarat untuk menjalani ibadah puasa. Jika perlu ganti, bilakah waktu yang sesuai kerana setiap hari perlu menggunakannya? Dan jika tidak menggantikan puasa itu, adakah perlu membayar fidyah?.

jawapan:

Mengikut Syeikh Abd Aziz bin Baz, tidak membatalkan puasa kerana yang disedut adalah gas atau oksigen dengan menggunakan inhaler atau nebulizer untuk tujuan perubatan. Al-Imam Ibnu Taimiah juga membolehkan selama mana tidak membabitkan penggunaan makanan. Imam Ibn Hazm berpendapat bahawa suntikan atau sedutan serbuk juga tidak membatalkan puasa. Kesimpulannya puasa tidak batal dan tidak perlu qada atau membayar fidyah.\

sumber:berita harian

p/s : ALLAH tidak sesekali menzalimi hamba-NYA yg lemah..

Tuesday, August 25, 2009

Saturday, August 22, 2009

::::Ada CinTa Di BLn RamadHan itu:::




Ahlan wasahlan ya ramadhan.....

Bulan Ramadhan sepatutnya menjadi bulan yang dinanti-nantikan serta dicintai bagi setiap muslim kerana kebarakahannya.Dimana barakahnya??mana cintanya??erm.Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.Tiap kali tiba bulan ramadhan apa yg berlegar di benak fikiran kita??Bazar ramadhan??Bubur lambuk??Haa!!MERCUNN.hehe.

Bulan ramadhan merupakan bulan rahmat,bulan yg berkat dan juga bulan pengampunan yg seharusnya direbut dan ianya tidak disia2kn begitu sahaja.Kita tlh disyariatkn supaya berpuasa sepanjang bulan ramadhan ini dan diipat gandakan pahala bg setiap amalan di bulan yg mulia ini.Dgn berpuasa,selain drpd menyempurnakan ibadah kpd-nya,kita juga berpeluang merasai keperitan yg dihadapi oleh org2 yg tidak berkemampuan menjalani hidup tanpa mknn yg mewah,dan adakalanya berlapar sepanjang hari krna ketiadaan makanan utk disantap.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w mafhumnya; "dibukakan pintu2 syurga dan ditutup pintu2 neraka dan diikat syaitan2"

Dibuka pintu syurga sbgi majaz kpd terbukanya pintu rahmat dan pengampunan kpd hamba2 Allah yg taat serta beriman padanya.Pada buan rahmat ini juga merupakan masa yg paling sesuai bg kita bertaubat,mencuci da membersihkan diri dari perkara2 maksiat yg sering membelenggu kita.Allah tlh berfirman di dlm Al-Quran mafhumnya;"berdoalah kepada-Ku,nescaya akan-Ku kabulkan".Merendah dirilah kita kpd-Nya agar kita tidak lupa bhwa kita ini hanyalah hambanya dan kita tidak dijadikn melainkan utk beribadat kpd-Nya.Subhanallahi wa bihamdih..


syaitan diikat

Di bulan yg penuh barakah ini di khusus kan buat umat Muhammad agar dpt melipatkan kali gandakan amalan2 ibadat berbanding bulan2 yg lain.Antara keistimewaan di buan ramadhan ini yg mana kite tlh ma'ruf bhwa syaitan2 serta iblis diikat da tidak berkeliaran mengganggu kita yg mane tiada pada bulan2 lain.segala apa tindak tanduk kita pada bulan ramadhan bergantung keatas diri kita sendiri dan juga nafsu manusia yg sentiasa memberontak itu.tanpa kehadiran syaitan nir-rrajim yg selau menghasut kita utk membuat kejahatan,inilah mase yg sesuai bg kita mengawal dan memperbaiki nafsu kita agar patuh kpd suruhan dan meninggalkan larangan-Nya.

Pada bulan yg mulia ini,jika kita melakukan kesalahan2 yg dilarang-Nya,ketahuilah bahawa ianya dtg dri godaan nafsu yg berada dm diri kita sendiri.Nafsu yg selama ini dididik oleh si syaitan yg durjana disebabkan oleh kelalaian dan kealpaan kita selama ini.Gunalah kesempatan yg ada pada bulan ini utk merawatnya.


Kita juga sealu diingatkan bahawa pada bln ramadhan,turunnya kitab suci yg selama ini menjadi petunjuk kpd umat sekelian alam;Al-quran. dan pada hari diturunkn Al-quran juga merupakan hari yg lebih baik dri 1000 bulan,iaitu lailatul qadar.

Sempena kedatangan ramadhan ini, bykknlah membaca al-quran,kejarlah lailatu qadar,krna terau byk kelebihannya yg mana semua org ma'ruf akan kelebihan ini dan tidak perlu rasanya dihuraikn kembali.

bersedekah..

berapa byk agaknya duit,tidak kira dlm geneh,RM atau ape jua jenis mata wang sekalipun kite habiskn utk makanan yg dibazirkan berbanding memberinya kpd yg 'lebih' memerluknBberpuasa tidak bererti kita harus menggandakan makan kita bg menggantikn makan pada waktu sarapan,lunch atau mkn ptg, tetapi puasa mengajar kita erti syukur kpd apa yg kita ada.Syukur kita berbuka dgn makanan sekadaran sahaja,bukannya dgn pembaziran.ingatkah kita kembali tentang Nabi berbuka berkongsi sebiji tamar bersama sahabat2?? renungkanlah..

Ingatlah bahawa harta kita tidak semestinya kepunyaan kita 100%.Di situ mungkin adanya hak2 org laen yg lebih memerlukan.Diwajibkan bg kita supaya membayar Zakat fitrah bg membantu golongan dan asnaf2 yg berhak serta memerlukan.Ceriaknlah hidup mereka yg memerlukan agar mereka juga tenang mengerjakan ibadah di bulan yg mulia ini.

ROKOK..

Sahabat ikhwah yang dikasihi sekaian,bulan Ramadhan merupakan bulan yg paling ideal untuk berhenti merokok.Jika dari selepas subuh sehingga maghrib boleh ditahan perasaan ingin merokok itu,kenapa tidak menahannya utk selamanya?hentikanlah merokok dan banyakkan berdoa agar dapat terus meninggalkan tabiat yg boleh menyebabkan pembaziran yg amat dan bahaya untuk kesihatan sendiri dan orang lain.Alangkah mulianya jika setiap keping wang untuk membeli rokok itu digunakan bagi menceriakan hidup sahabat2 tatkaa berbuka puasa,dan agi mulia jika ianya disedekahkan kpd yg memerlukan.

Segala puji bg Allah dan Rasull-Nya.sbgai memperingati sesama kita dan juga sbgi memperingati diri sendiri yg sering alpa ini,marilah kita sama "pulun" waktu yg berharga di bulan yg barakah ini..kerna mungkin ini Ramadhan kita yg terakhir.kpd yg tlh tiada.kirimkanah al-fatihah agar mera yg berada di 'sana' juga merasai keberkatan bulan yg muia ini.Setiap yg bernyawa pasti merasai mati,persiapkanlh kelengkapan bg diri kita agar kita dpt menghadapnya dgn tenang dan dirahmatinya..amin..




p/s :mane cintanya??cari le sendiri..insyaallah cinta-NYA ade dimana2..slmt berpuasa kpd semua yg mengenali diri ini..yg x kenal pon ape salahnya:) dri insan yg berpuasa seorg diri..kli ini diperantauan..waa..mungkinkah ramadhan kli ini lebih baek dri yg lepas??SeGalaNya MunGkiN.....

Sunday, August 9, 2009

Saturday, August 8, 2009

:::berita dari rantau::::


*lagu di atas kurang kena-m
engenanye ngn artikel di bawah...:)



natijah


puasa nnti balik kg. x??..sape ntah yg kurang sensetiviti tnye soalan camtu kt aku ari tu..huhu.natijah(result) da kuor..fist time ni aku tgk sendiri result aku..slalu amek kt ym je..so sad...
dua 3 menjak ni mmg aku jadi sedikit sensitif..mungkin kesan natijah exam yg mndukacitakn bru2 ni..aduii..tersentap gak rse..tp xpe..maybe semua tu ade hikmahnye..mungkin Allah nk suh aku mantapkn ape yg aku belajar kot..mungkin..atau mungkin sbgi kifarah pd dosa2 aku yg lepas..supaya dpt dimuhasabahkn..kpd member2 yg x dibalas ymnye tu.sorry diucapkn..aku xde mood lyn bende2 yg aku rse xbest buat mase ni..

musim panas

tahun ni buat kli pertamanye aku akan tinggal setahun penuh di bumi mesir ni...and first time merasai betul2 nye musim panas..erm..leh tahan ar..wlaupun sedikit merimaskn..sbb aku ni jenis yg x suke panas2 sgt...tp ok la..cahayanye aku suke..tp kipas umah aku mmg x tutup ar siang mlm.. bil air umah ak mungkin naek bln ni..selang beberape jam aku akan mandi sbb bdan x selesa..

bln 6 selepas exam mase aku byk dihabiskn utk menghantar sahabat2 ke airport..xsilap dekat 8 kali gak berulang ke sane..hantar sorang sampai 2 kli pon ade..speacial kes..hehe..bln 7 yg lepas sebulan aku duk kaherah....bln 8 ni bru balik duk kt umah..SORANG2x..ditemani kucing2x aku yg semakin hari semakin nakal..member2 yg len semua balik mlysia..khamis lepas aku gi alex..mandi laut..mmg best..air jernih..dlm plk tu..tp tu la..kulit jadi gelap..ni tgh mengelupas ni..x hensem da..huhu..aku dulik ape..terbakar kulit aku..tu bru mandi 5 jam..klau 10 jam aku ingt da leh jdi ikan kering da ni.huhu..
agak2 sape nk lantik aku jdi pemandu pelancong die utk ke cairo..alex..atau tempat2 kt mesir ni.. bole je...harga bole runding:)..ym je kt hadi_qm@yahoo.com..aku pon free ni musim panas ni..hehe,,

ramadhan

syaaban akan tibe ke penghujungnye sikit hari lg..kemudian ramadhan pula dtg menjelma..semoga aku ditemukan lg dgn bulan barakah itu..last aku puase di mesir ni taun 2006..mase baru2 sampai sni..tp 2 minggu je..mmg terase tenang..kena plk musim sejuk..buka kul 5 ptg..bgn tido je da kul 3..wawawa..perbezaan ngn malaysia agak ketara dibulan ramadhan..di sini bulan ramadhan mmg 'hidup'..org bace al-quran menjadi permandangan yg biase..kt mane2 je ade..dlm bas..ketapi..kt masjid mmg semestinye la..smyg tarawikh mcm smyg jumaat..hri2 penuh..bukan takat awal ngn akhir ramadhan je..tarawikh 8 rakaat yg diselangi dgn tazkirah pada setiap 4 rakaat..wlaupun 8 je.gigil gak lutut dibuatnye..huhu..

tahun ni bulan ramadhan jatuh pada musim panas..sahur kul 4 lebih buka dekat2 kul 8..moga aku diberi kekuatan mengerjakan rukun islam yg dituntut itu.. ingt nak berpuasa kt umah ni je...walaupun seorang diri..tahun ini,tanpa bebanan kerja seperti tahun2 yg lepas..aku harapkn agar ianya dpt diisi dgn ibadat2 yg akan digandakan pada bulan tersebut..moga2 bertemu dgn mlm lailatulqadar...amin ya rabb..

duk sorang2x

mmg kadang2 terase cam bosan..tp pengalaman tinggal di jb sorang diri selama 5 bln pada thun 2007 mngajar aku hidup berdikari kt sni..lgpon internet ade..komputer pon ade 2 bijik kt umah ni..huhu..tv pon ade.kucing pon ade..xde la bosan sgt..klau bosan pon gi umah member2 yg berada disini..lgipon taun ni aku ingt nk buat persediaan awal sblm kuliah bermula..semoga ia dpt menebus kegagalan yg lalu..amin..

rindu

rindu??kt sape tu..hehe..lek ar..bukan nye aku x pernah balik langsung pon sebelum ni..lgpon tenet ade..xde la terase jauh sgt mesir-malaysia tu..hehe..aku duk sni lg kerap aku tepon mak aku berbanding mse duk kt mlysia..rindu tu ade la gak..kt mak..abah..adik2..yg tersayang..motor aku..stereng keta bapak aku..nasi dagang..air katira..air kelapa..kelapa sawit..pulasan...bla..bla..bla..tp xpe..taun dpn aku lepaskn la rindu tu..hehe..

kla..membebel plk aku kt sni..nk mandi ar..bahang semacam je ni.pastu nak test resipi yg baru amek kt internet ni..pori kentang..hehe..salamz..

p/s:leh ke aku duk sini setahun genap????seGaLanYa muNgKiN...




Saturday, July 25, 2009

PANTUN MELAYU


ANtara contoh pantun MeLayU..

Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang ditapak tangan
Biar jauh dinegeri satu
Hilang dimata dihati jangan

Walau jasadku tiada disini,
Setiap Masa Dekat Dihati,
Salah Dan Silap Harap Maafi,
Jangan di Simpan di Dalam Hati.

Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Inang-inang padi pak daik
bunga padi tak sama bentuknya
sungguh dikenang budi yang baik
takkan dilupa selama-lamanya…

Pantun merupakan seni bahasa melayu yg unik dan mempunyai identiti 'kemelayuan' yg ter sendiri berbanding warisan bangsa yg lain yg kebanyakannya dicedok dri negara lain..conth:- pocot2x :) Pantun pada zaman dahulu merupakan penanda aras bg mengukur paras ketinggian ilmu bahasa seseorang itu selain ianya dijadikn bhsa kiasan,penyeri ucapan keramaian..dan juga hiburan di dlm sesuatu majlis kebudayaan..

Ape yg penting,sesuatu budaya itu selagi tidak melanggar batas2 agama..wajar dipegang dan diketahui oleh setiap insan yg menggelarkn dirinya MELAYU..takat nk cium2 keris utk menunjukkn melayu wat mende..

p/s:- what u beri,u get balik,if u sudi,visit my blog ni back...haha..pantun's broken..very2 weird...SegALanYa muNgKin..

Saturday, July 4, 2009

..;::welcome to the world:::..


عَنْ أَبِي قَتَادَةَ َقَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ إِنَّهَا مِنَ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ وَالطَّوَّافَاتِ

Dari Abu Qatadah bahwa Rasulullah SAW bersabda tentang kucing,”Sesungguhnya (kucing itu) tidaklah najis karena dia termasuk yang berkeliling di antara kamu. (HR. An-Nasa’i, Abu Daud)


..::sebelum kelahiran yg dinntikn::..


kesian die maen sorang2xnak wat camne..org laen bz..wawawa...




seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.

Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).


..:::Semasa kelahiran::..



Si baby(nme kucing nih) tlh beranak dalam grobok(loghat johor bermaksud almari:)) ..hampeh tul...si baby tlh melahirkn anak pd pg aku nak gi pekse(26-5-09)..totaled 6 ekor..semua idup..

..:::selepas beberape puluh jam::..

belum buke mate lg...



comeinye die tido.... kucing kepala dua....



..::selepas beberape hari(mate da bukak!!)::..




SeLaMat meMbeSar kepada kucing2 ku sekelian...jgn nakal2x...n jgn makan byk sgt.susah i nak jage t..huhu...

p/s : mampu ke kucing2 ni semua hidup....insyaallah..seGaLanYa muNGkin...