Friday, September 11, 2009

:::hukum menggunakan inhaler(gas semput) semasa berpuasa::::



Apakah hukum jika seseorang yang mengidap penyakit asma, tetapi menggunakan alat (sejenis pam) untuk melegakan sesak nafasnya (perlu pam melalui mulut). Adakah terbatal puasanya? Jika tidak mengambilnya, kesihatannya akan lebih mudarat untuk menjalani ibadah puasa. Jika perlu ganti, bilakah waktu yang sesuai kerana setiap hari perlu menggunakannya? Dan jika tidak menggantikan puasa itu, adakah perlu membayar fidyah?.

jawapan:

Mengikut Syeikh Abd Aziz bin Baz, tidak membatalkan puasa kerana yang disedut adalah gas atau oksigen dengan menggunakan inhaler atau nebulizer untuk tujuan perubatan. Al-Imam Ibnu Taimiah juga membolehkan selama mana tidak membabitkan penggunaan makanan. Imam Ibn Hazm berpendapat bahawa suntikan atau sedutan serbuk juga tidak membatalkan puasa. Kesimpulannya puasa tidak batal dan tidak perlu qada atau membayar fidyah.\

sumber:berita harian

p/s : ALLAH tidak sesekali menzalimi hamba-NYA yg lemah..