Tuesday, October 6, 2009

..:::Syeikh Tantawi haramkan purdah ke Universiti al-Azhar??:::..

Sumber : utusan meloya

KAHERAH 6 Okt. - Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi merancang untuk mengharamkan pelajar perempuan yang memakai purdah daripada memasuki institusi-institusi pendidikan di bawah Universiti al-Azhar.

Seorang pegawai keselamatan semalam berkata, polis telah menerima arahan secara lisan supaya menghalang pelajar perempuan yang berkelubung daripada memasuki institusi-institusi al-Azhar termasuk sekolah menengah dan tinggi, serta asrama beberapa universiti di Kaherah.

Pegawai itu berkata, pengharaman tersebut adalah atas sebab keselamatan.

Langkah itu dipercayai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membendung manifestasi Islam yang dianggap ultrakonservatif di Mesir.

Sungguhpun majoriti wanita Mesir memakai tudung, hanya segelintir yang memakai purdah atau dikenali di sini sebagai niqab yang menutup muka dan lebih kerap ditemui di Arab Saudi yang mengamalkan ajaran Wahhabi.

Kebanyakan ulama berpendapat purdah tidak wajib tetapi hanyalah adat resam yang diamalkan oleh masyarakat Arab Badwi sebelum kedatangan Islam.

Rancangan Tantawi itu diumumkan semasa beliau menyuruh seorang pelajar sekolah menengah di sebuah kelas yang dikunjunginya awal minggu ini, supaya menanggalkan niqabnya.

Syeikh itu melawat sekolah-sekolah al-Azhar pada permulaan tahun akademik untuk memeriksa langkah yang diambil bagi membendung wabak selesema babi, menurut butir-butir lawatan yang disiarkan semalam oleh akhbar bebas, Al-Masry Al-Youm.

Tantawi dengan tegas memberitahu gadis berkenaan bahawa niqab 'tidak ada kena-mengena dengan Islam dan hanya satu adat resam' dan memaksanya menanggalkan niqabnya.

Beliau kemudian mengumumkan akan mengeluarkan arahan tidak lama lagi bagi mengharamkan pelajar perempuan yang memakai niqab daripada memasuki sekolah-sekolah al-Azhar.

"Niqab tidak ada kaitan dengan Islam...saya lebih arif tentang agama daripada kamu dan ibu bapa kamu," kata Tantawi kepada pelajar berkenaan.

Seorang sarjana di sebuah pusat penyelidikan al-Azhar, Abdel Moati Bayoumi berkata, para sarjana al-Azhar akan menyokong Tantawi jika beliau mengeluarkan arahan tersebut.

Bagaimanapun pengkritik langkah itu berkata, pengharaman niqab tidak akan dilaksanakan.

Arahan sebelum ini oleh Kementerian Wakaf untuk mengharamkan penceramah wanita yang memakai niqab daripada memasuki masjid dibantah keras.

Seorang penyelidik yang dihalang daripada memasuki perpustakaan Universiti Amerika di sini pada 2001 kerana memakai niqab membawa kesnya ke Mahkamah Agung Mesir dan akhirnya menang.

Mahkamah memutuskan pengharaman menyeluruh ke atas niqab menyalahi perlembagaan. - AP

p/s : erm..buknnye wajib pon bende tu..tp bagaimana pula jika pakai tudung dgn pemakaian baju ketat lg sendat bg wanita..dan pemakaian bikini di pantai2 khususnye negara islam..tidak ditekankan ke pengharamannye???ke melanggar hak asasi manusia jika dikuatkuasakan undang2 cmtu???seGaLanYa MunGkiN...

3 comments:

PanglimaKhalid.com said...

seorang kenalan saya mengadu pada saya "jika inilah pandangan pemimpin al-Azhar, maka lebih rendahlah berbanding orang kafir di UK yang menjadi majikan saya".. untuk pengetahuan semua yang membaca ini, kenalan saya itu bekerja sebagai engineer di syarikat British Petroleum, sebelum ini bertugas di Dubai sekarang akan ditukarkan ke ibu pejabat di UK. dengan berpakaian jubah dan bertudung labuh serta berpurdah, beliau dibenarkan bekerja dan dihormati serta hak-haknya diberikan, bagaimana pula al-Azhar mengekang kebebasan wanita muslim berniqab??

jika untuk membendung jenayah, mengapa perlu kita sesama muslim berburuk sangka dengan orang Islam? kenapakah majikan di UK membenarkan Muslimah berniqab bekerja? sepatutnya mereka lebih khuatir jenayah berlaku di tempat mereka disebabkan si muslimah berniqab tadi.

sepatutnya UK dan BP lebih khuatir aset mereka hancur diletupkan wanita berniqab dan itulah yang berlaku sebelum ini di BALI dan merata tempat, aset milikan kuffar yang dibom, bukannya AZHAR...

demikianlah sedikit apa yang beliau curahkan kepada saya dan bersama sedikit olahan...

hadi_qm said...

Al-Azhar merupakan institusi yg bersifat sederhana dlm mngambil pendekatan secara pertengahan.Pade hemat saye,tujuan Syeikh Tantawi berbuat demikian kerana menerangkan bahawa pemakaian niqab bukannye dari dari hukum islam.sedangkan Nabi sendiri tidak mewajibkan pemakaian niqab,walaupun didesak oleh sahabatnya supaya mewajibkan pemakaian niqab.jadi pemakaian niqab tidaklah wajib,sunat pun tidak.malah jika dgn pemakaian niqab boleh mnyebabkan fitnah(seperti kebanyakan mindset org mlysia yg kurang pngetahuan agama @ org yg x mngenal agama islam langsung),lebih afdhal mninggalkn niqab yg ghair-almuakkad.

seperti dlm kenyataan beliau(Syeikh Tantawi) pemakaian niqab adalah bersumberkan adat arab pada zaman dahulu.bukan kerana takut aset di letupkan,jenayah dll..ini bagi mngelakkan salah faham antara adat dan ibadah..supaya tidak timbul kekeliruan pada generasi akan datang.

sekian..

.:Kembara Ilmu:. said...

Kenyataan sebenar Syeikh al-Azhar tersebut di putar belit oleh akhbar al-masr al-yaum dan menyebabkan orang ramai di sini mentohmah al-Azhar dengan pelbagai kata-kata yang tidak sedap didengar. Saya tidak pasti apakah tujuan sebenar mereka melaporkan berita-berita yang tidak benar itu kepada umum sedangkan ia satu fitnah terhadap seorang ulama.

Kenyataan yang sebenarnya ialah, Syeikh al-Azhar hanya melarang perempuan memakai purdah ketika bersama-sama perempuan sahaja dan bukan mengharamkannya secara mutlak. Larangan hanya di institusi-institusi al-Azhar sahaja kerana pemakaian purdah sesama perempuan itu bukanlah bertepatan pada tempatnya. Adapun tempat-tempat selain yang disebutkan itu, beliau tidak melarang atau mengharamkan perempuan Islam memakai purdah kerana itu adalah hak peribadi setiap perempuan Islam. Surat khabar al-Masai, al-Liwa al-Islami dan Akidati bertarikh 12 dan 13 Oktober 2009 dan beberapa akhbar lain turut melaporkan yang Syeikh al-Azhar tidak menghalang atau mengharamkan pemakaian purdah ketika di jalanan dan semasa bekerja. Menurut beliau lagi, 80 peratus daripada para ulama fiqh berpendapat muka perempuan Islam bukanlah aurat.



Akhbar-akhbar di Malaysia juga tidak ketinggalan di dalam melaporkan berita ini. Namun laporannya sama sahaja seperti akhbar al-Misr al-Yaum itu bahkan agak keterlaluan dengan tajuk berita ini juga sudah cukup menggerunkan untuk dibaca. Perkara seperti ini amatlah di kesali kerana ia dilakukan oleh orang Islam sendiri dan saya yakin musuh-musuh Islam berketawa melihat situasi ini. Apa yang lebih mendukacitakan, mereka sanggup mentohmah seorang ulama yang hebat dan tidak mustahil mereka akan terus mentohmah para ulama lain lagi dengan membawakan berita-berita yang tidak bertepatan.