Saturday, August 22, 2009

::::Ada CinTa Di BLn RamadHan itu:::




Ahlan wasahlan ya ramadhan.....

Bulan Ramadhan sepatutnya menjadi bulan yang dinanti-nantikan serta dicintai bagi setiap muslim kerana kebarakahannya.Dimana barakahnya??mana cintanya??erm.Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.Tiap kali tiba bulan ramadhan apa yg berlegar di benak fikiran kita??Bazar ramadhan??Bubur lambuk??Haa!!MERCUNN.hehe.

Bulan ramadhan merupakan bulan rahmat,bulan yg berkat dan juga bulan pengampunan yg seharusnya direbut dan ianya tidak disia2kn begitu sahaja.Kita tlh disyariatkn supaya berpuasa sepanjang bulan ramadhan ini dan diipat gandakan pahala bg setiap amalan di bulan yg mulia ini.Dgn berpuasa,selain drpd menyempurnakan ibadah kpd-nya,kita juga berpeluang merasai keperitan yg dihadapi oleh org2 yg tidak berkemampuan menjalani hidup tanpa mknn yg mewah,dan adakalanya berlapar sepanjang hari krna ketiadaan makanan utk disantap.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w mafhumnya; "dibukakan pintu2 syurga dan ditutup pintu2 neraka dan diikat syaitan2"

Dibuka pintu syurga sbgi majaz kpd terbukanya pintu rahmat dan pengampunan kpd hamba2 Allah yg taat serta beriman padanya.Pada buan rahmat ini juga merupakan masa yg paling sesuai bg kita bertaubat,mencuci da membersihkan diri dari perkara2 maksiat yg sering membelenggu kita.Allah tlh berfirman di dlm Al-Quran mafhumnya;"berdoalah kepada-Ku,nescaya akan-Ku kabulkan".Merendah dirilah kita kpd-Nya agar kita tidak lupa bhwa kita ini hanyalah hambanya dan kita tidak dijadikn melainkan utk beribadat kpd-Nya.Subhanallahi wa bihamdih..


syaitan diikat

Di bulan yg penuh barakah ini di khusus kan buat umat Muhammad agar dpt melipatkan kali gandakan amalan2 ibadat berbanding bulan2 yg lain.Antara keistimewaan di buan ramadhan ini yg mana kite tlh ma'ruf bhwa syaitan2 serta iblis diikat da tidak berkeliaran mengganggu kita yg mane tiada pada bulan2 lain.segala apa tindak tanduk kita pada bulan ramadhan bergantung keatas diri kita sendiri dan juga nafsu manusia yg sentiasa memberontak itu.tanpa kehadiran syaitan nir-rrajim yg selau menghasut kita utk membuat kejahatan,inilah mase yg sesuai bg kita mengawal dan memperbaiki nafsu kita agar patuh kpd suruhan dan meninggalkan larangan-Nya.

Pada bulan yg mulia ini,jika kita melakukan kesalahan2 yg dilarang-Nya,ketahuilah bahawa ianya dtg dri godaan nafsu yg berada dm diri kita sendiri.Nafsu yg selama ini dididik oleh si syaitan yg durjana disebabkan oleh kelalaian dan kealpaan kita selama ini.Gunalah kesempatan yg ada pada bulan ini utk merawatnya.


Kita juga sealu diingatkan bahawa pada bln ramadhan,turunnya kitab suci yg selama ini menjadi petunjuk kpd umat sekelian alam;Al-quran. dan pada hari diturunkn Al-quran juga merupakan hari yg lebih baik dri 1000 bulan,iaitu lailatul qadar.

Sempena kedatangan ramadhan ini, bykknlah membaca al-quran,kejarlah lailatu qadar,krna terau byk kelebihannya yg mana semua org ma'ruf akan kelebihan ini dan tidak perlu rasanya dihuraikn kembali.

bersedekah..

berapa byk agaknya duit,tidak kira dlm geneh,RM atau ape jua jenis mata wang sekalipun kite habiskn utk makanan yg dibazirkan berbanding memberinya kpd yg 'lebih' memerluknBberpuasa tidak bererti kita harus menggandakan makan kita bg menggantikn makan pada waktu sarapan,lunch atau mkn ptg, tetapi puasa mengajar kita erti syukur kpd apa yg kita ada.Syukur kita berbuka dgn makanan sekadaran sahaja,bukannya dgn pembaziran.ingatkah kita kembali tentang Nabi berbuka berkongsi sebiji tamar bersama sahabat2?? renungkanlah..

Ingatlah bahawa harta kita tidak semestinya kepunyaan kita 100%.Di situ mungkin adanya hak2 org laen yg lebih memerlukan.Diwajibkan bg kita supaya membayar Zakat fitrah bg membantu golongan dan asnaf2 yg berhak serta memerlukan.Ceriaknlah hidup mereka yg memerlukan agar mereka juga tenang mengerjakan ibadah di bulan yg mulia ini.

ROKOK..

Sahabat ikhwah yang dikasihi sekaian,bulan Ramadhan merupakan bulan yg paling ideal untuk berhenti merokok.Jika dari selepas subuh sehingga maghrib boleh ditahan perasaan ingin merokok itu,kenapa tidak menahannya utk selamanya?hentikanlah merokok dan banyakkan berdoa agar dapat terus meninggalkan tabiat yg boleh menyebabkan pembaziran yg amat dan bahaya untuk kesihatan sendiri dan orang lain.Alangkah mulianya jika setiap keping wang untuk membeli rokok itu digunakan bagi menceriakan hidup sahabat2 tatkaa berbuka puasa,dan agi mulia jika ianya disedekahkan kpd yg memerlukan.

Segala puji bg Allah dan Rasull-Nya.sbgai memperingati sesama kita dan juga sbgi memperingati diri sendiri yg sering alpa ini,marilah kita sama "pulun" waktu yg berharga di bulan yg barakah ini..kerna mungkin ini Ramadhan kita yg terakhir.kpd yg tlh tiada.kirimkanah al-fatihah agar mera yg berada di 'sana' juga merasai keberkatan bulan yg muia ini.Setiap yg bernyawa pasti merasai mati,persiapkanlh kelengkapan bg diri kita agar kita dpt menghadapnya dgn tenang dan dirahmatinya..amin..




p/s :mane cintanya??cari le sendiri..insyaallah cinta-NYA ade dimana2..slmt berpuasa kpd semua yg mengenali diri ini..yg x kenal pon ape salahnya:) dri insan yg berpuasa seorg diri..kli ini diperantauan..waa..mungkinkah ramadhan kli ini lebih baek dri yg lepas??SeGalaNya MunGkiN.....

No comments: