Thursday, April 16, 2009

..:::PENCARIAN:::..


Apa yg sebenarnye nak ku tonjolkan dari tajuk di atas??jwpannye..entah la..dua 3 minggu kebelakangan ni..semenjak kuliah mula di buka rase diri ini byk sgt kekurangan..iaitu ; ilmu..

Bak kate seorang sahabat..ilmu mesti dicari..x mudah utk ia dtg dlm keadaan kita seolah2 mahu ianya dtg dgn sendirinya tanpa berusaha....walaupun kate2 itu diucapkan dgn selambanye diselangi dgn lawak yg sinis...tp betul2 membuatkan aku cam terketuk...selama ni sape yg cari siapa?ilmu yg mencari aku atau aku yg mencari ilmu??..tiba2 teringatkn iklan2 kelas pengajian dan msg ym berkenaan kelas ilmu yg selama ini tidak diambil endah..rase bersalah pon ade gak ni..mcm ilmu plak yg mengajak kita pergi kepadanye..walhal diri sendiri yg sepatutnye mencari dan menerokai ilmu2 Allah yg Maha byk ni..

Teringat kembali muka2 yg selalu menghiasi majlis2 ilmu di masjid2 dan di surau2 di malaysia..walaupun ade diantaranye yg sudah berjaya dlm kerjayanye..dan umur diantara mereka kebanyakannye menjangkau separuh abad..tp masih tidak jemu2 nak belajar..bkannye ade exam lg pon diorang tu..tp kecintaan mereka terhadap ilmu membuatkan diri ini yg mengaku sebagai seorang student; malu pada diri sendiri..

kpd sahabat2 ku yg dihargai..dan juga sbgi teguran bagi diriku yg sering hanyut ini..sedarlah sebelum terlambat..tajdidkan niat..ingat asal tujuan ..dan rasalah beban tanggungjwb kita sbgi seorg pencari ilmu..serta tanggungjwb terhadap keluarga dan masyarakat yg berharap kita akan membimbing generasi yg akan dtg..yg mane lebih berat cabaran dan rintangannye..dgar cam ye2 je kan aku ni..tp itu lah hakikat..alangkah indahnya jika zaman mude ini kita isi dgn perkara2 yg bermanfaat dan berfaedah..semoga segala amal kita yg x seberape ni diterima di sisi-Nya..yg sudah tu sudah lah...jdikan ianye sbgi pengajaran dan panduan supaya kita tidak mengulangi kebodohan itu utk kli ke 2..Sesungguhnya Allah akan jadikan selepas kesusahan itu satu kesenangan..Dan Sesungguhnya janji Allah itu benar..wallahua'lam..








Wednesday, April 8, 2009

<<<<<<<>>>>>>>>>>>


p/s : i like this pic..ahaks...segalanya muNGkin..

Saturday, April 4, 2009

...:::Kelebihan solat mengikut sains:::...


Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal

Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bharian.com.my

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

sumber: berita hairan


p/s :SUBHANALLAH..segala yang disuruh dan ditetapkan oleh-NYA terkandung hikmah dan kebaikan yg mane hanye DIA YANG MAHA BIJAKSANA lebih mengetahuinya..

Saturday, March 28, 2009

:::::jaulah ke giza::::25/6/09










p/s : mlas la nak menaip..tgk pic ngan video je eah..hehe..

Saturday, March 14, 2009

..:::berpantang maut sebelum ajal::..




berpantang maut sebelum ajal..

erm...anak seladang tu mule2 kena kejar ngan sekumpulan singa sampai tercampak ke dlm air..pastu bile kena terkam ngan singa2 tu kt dlm air..ade la plak buaya besar masuk line..nak tau cmne anak seladang ni selamat??erm..tgk la video ni sampai abes..

p/s: mg nampak cam x mungkin terjadi kn mende ni...segalaNya muNGkin...hehe..

Tuesday, March 10, 2009

..::: - Raihan - Iktiraf:::..



masihkah dibuka pintu taubat itu???sesungguhnya Allah Maha Pemurah lg Maha Pengampun..


erm..cite skit la kenangan aku ngn kumpulan raihan ni..mase aku skolah rendah darjah 5 dulu(1998 kot) di padang awam kota tinggi,johor pernah ade konsert raihan kt stu..family aku semua gi sane..siap bwk tikar lg cam gi berkelah..firt time aku berkelah mlm2 atas padang mase tu..huhu..mule2 tu ceramah dari ustaz badrul amin(sblm die di gam oleh rtm krna kelantangannye bersuare..demokrasi??entah la..)..pas die abes ceramah tu aku gi belakang pentas..nak mintak autograph ustaz badrul amin..ustaz badrul amin sign ketas yg aku bwk..smbil jwp soalan yg org tnye psal hukum hakam ngan die kt blkg pentas tu..aku yg x pham ape yg ustaz tu terangkn blah je la pas dpt autograph..

then aku gi ar carik tempat raihan port kt blkg pentas..(dgn harapan dpt tgk raihan dri dekat..fanatik tul mse tu..huhu..)skali tgk diorang da naek stage la plak wat persembahan..aku intai2 je la dri blkg stage tu..aku amek port kt tepi tangga blkg pentas tu..oleh kerana aku makhluk yg kerdil pade mase itu..aku naek skit tangga tu..xde la terloncat2 nak tgk..pastu kump. raihan offer kt kanak2 yg sudi naek pentas nyanyi ngan die..aku mule2 rse mse tu cam nk naek gak..tp takut plk(yek r..dak2 lg r mase tu..ic pon xde lg)..ade 2 org dak naek atas..sorang dak laki..sorang dak pempuan..adik beradik aku rse..pastu plak nazri raihan request lg sorang utk naek ke pentas..ntah tangan ajaib mane ntah yg tibe2 tolak aku naek ke atas..

mule2 rse nak patah balik..rse cam nak marah sape yg tolak pon ade gak..ade ke tolak kuat2..aku kn kanak2 lg mase tu..huhu..tp aku gagahkn gak kaki melangkah menuju kehadapn...aku terpinga2 kt atas tu..kaki tibe2 gigil giler..aku cover..hehe..perasaan rse cam nak pecut blik umah pon ade..da la rmai org kt bwh tu..dikiri dan kanan aku plak anggota kumpulan raihan yg tgh popular gile mase tu..ter'blur' aku dibuatnye on stage..rse cam mimpi plk..hehe..anggota kumpulan raihan tnye soalan kt budak duaorng tu..die tnye name n tnye 5 name nabi setiap sorang..aku pon da siap2 ar jwpn dlm pale aku..sampai turn aku plk..salah sorang anggota raihan tu (da arwah skrg..sape name die..aku x ingat..)die tnye name aku..dgn komfiden aku jwp..name saye abdul hadi..hihi..pastu die suh bg 3 name malaikat..ter'blur' lg aku..bole plak soalan laen tnye..spontan plk tu..tp naseb baek ar aku skolah tadika dulu kt tadika islam..semua name tu ade dlm pale aku cam berebut2 nak kuor serentak smpai gelabah aku dibuatnye..tp aku ttp cover..hehe....bole la aku jwp tiga name tu dgn nada sangkut2..yg aku ingat aku jwp malaikat jibril,malik(aku ingat pon sbb ade noja masjid kt tempat aku name die malik..huhu)n lagi satu malaikat izrail..mse nak jwp jwpn last tu tibe2 terkompius plak antara izrail ngan israel..mase u klau x silap tgh kecoh psal kontijen israel nak maen sukan kt mlysia..kriket kot klau x silap..rmai wat demo kt masjid negara dgn slogan israel dijulang,rakyat ditentang.. huhu...sambung balik..n sbgi jln selamat aku jwp iszrail(kecik2 pon aku da pndai berhelah tw,,jgn maen2..huk2)..nazrey raihan x silap aku yg tegur aku jgn salah sebut..huhu..kantoi la plak...

then die ajak nyanyi same2..lagu 25 rasul..ala..lagu yg menyebabkan korang hafal semua name nabi tu..lgu tu bru lg mase tu..abah aku pon x sempat beli lg albumnye..nk donlod xde internet mse tu..haha..aku pon bersame2 ikut rentak musik tu..tgk diorang nyanyi dari dekat..betul2 kt sebelah aku n pegang bahu aku mase tu yg arwah tu(adoi..susah tol nak ingt namenye..huhu)..aku berkongsi mic ngan die la..time die ulur mic je aku wat sengih2 n cube wat2 miming..malu tul depan org rmai..aku plk rse cam jejak x jejak je berdiri kt stu..dgn lampu yg panasnye..nampak rmai org kt bwh..pastu kuor asap yg rase manis tu plk..dlm pale aku bile la lagu ni nak abes..klau tw lagunye leh gak aku uji suare..haha..nak tkucil je rse mse tu..da abes lgu tu die bgi hadiah..dak laki kecik tu dpt kopiah raihan..kolop je tgk bile die pkai kopiah besar tu..mesti bpak die yg sebat kopiah tu pastu..huhu..yg pempuan tu dpt bju t-shirt raihan..oleh krane mase tu aku pon pkai kopiah raihan(abah aku bg mse die bru blik haji )maka aku dpt la t-shirt raihan ..

pas turun dri stage tu aku terus gi kat mak abah aku ngan muke bangganye..siap tayang2 lg bju yg aku dpt..huhu..tp syg giler sbb time tu lom wujud hset kamera..kamera plk time tu pkai filem lg..tu pon mak ngan abah aku x bwk..klau x bole korang tgk kn bertape kiutnye aku mase kecik disamping raihan..hehe..bju yg aku dpt tu plk..xdpt aku pkai..sbb sizenye utk org dewasa..lawa bajunye..t-shirt hitam lngan pendek..pastu tulisan raihannye warne emas..aku bgi kt mak..mak yg gune utk dipakai kt rumah..ntah ade lg x baju tu..tp tu semua sebelas tahun dulu..mak ngan abah pon mesti lupe da psal ni klau aku xcitekan balik..adik2?erm..aku keciklg mase tu lg r adik2aku..ade yg lom lahir lg mase tu..adk aku yg no. 4 ke bwah klau aku citer mesti die ingat aku wat2 citer,..ntah2 adik pempuan aku yg no. 2 ngn 3 tu pon xtw yg diorang pernah tgk konsert raihan..huhu.. walaupun ianya berlaku berbelas thun lalu..tp sampai skrg aku cam xbole explain mcm mane aku leh berani gi depan stage walhal umur aku mse tu bru 11 thun..tp da sunat ar time tu..huhu..thanks to pemilik tngan ajaib yg tolak aku..

erm..tp kn..esoknye gi skolah aku ingt nak citer kt member2 psal mlm tu..tp ade cite yg lg penting plk..ade dak meninggal mlm tu..Alif name die..die skolah khas kt skolah aku..kire istimewa skit la..aku kenal die pon sbb die satu bas skolah ngn aku(bas hanafi yg byk jajan..huhu)..aku pon xde la kenal rapat sgt ngan arwah tu..die baek ngan haziq..member sekelas aku mse darjah 1 ngan 2 cergas..dak pling skema di zaman itu..die pkai jam casio yg ade lampu ijau dari darjah satu sampai 6..cermat giler(lebih2 plk aku..huhu)..tp aku rse alif mse tu cam la aku sbb aku pernah kacau die mse dlm bas..najib la punye pale..(geng bas skolah aku gak..nme penuh najib bin ma'mon..aku ingt nme ayah die smpi skrg sbb kenakalan aku)..last aku jumpe arwah alif tu pon mase dlm bas siang sblm die meninggal..die dmam ari tu..huhu..rupenye dlm aku gembira pade mlm tu..Alif menuju kerahmatullah..sampai sudah aku x citer ngan member2 aku yg aku on stage ngan raihan..ade la ustazah kamariah(ye kot) skolah agama yg tegur n perasan aku mlm tu(peminat fanatik la tu..huhu..)semoga roh Alif bergembira di dlm syurga bersame org yg soleh..amin...

walau bagaimana pun..tiap kli aku nengok klip video raihan mesti aku tersengih dan teringat balik kesengalan aku mase dak2 dulu..korang pon mesti pkir dua3 kli nak percaye ape yg aku citer ni kan..kann!!erm..aku x perlukn kepercayaan korang terhadap citer ni..huahua..ape yg penting..kenanganku sebelas thun lalu bersame kumpulan raihan x muNGkin aku lupakan walaupun vokalisnye saudara Nazri johari tidak lg bersame RAIHAN...hidup NASYID!!!(dikecualikn bg irama nasyid2 yg melentok-lentok n tangkap leleh cam kump. tomok..eh..newboyaz..eh...pape r..)wassalam..

p/s : ade lg citer mase jumpe kump. rabbani kt blkg stage mase sambutan jubli perak SMAAM(skolah arab mersing yg ku cintai.....sgt2x)xyah ar cite psal tu..bese2 je..pstu tgk persembahan elly mazlein kt plaza kota oppsss...da la..merepek2 t..slm..chow......

Thursday, February 26, 2009

thanks 4 polis trafik malaysia for ur cooperation :p

Saturday, February 21, 2009

<<::bimbang::>>



p/s-nice voice..face pon nice gak..hukhuk..

Saturday, February 7, 2009

Sunday, February 1, 2009

..:::-cuti-:::..




cuti
erm..cam biase..cuti2 ni pade asalnye mg byk mende nak buat..bukan stakat time cuti je..sepanjang mase byk je mende nak wat..huhu..tp tu la..x semua yg dirancang menjadi kenyataan..byk sebenarnye list2 yg terlintas dlm benak fikiran ni..mmg sengaja tidak melakarnye diatas kertas..ade la sebab..huhu..

Cuti musim sejuk taun lepas byk gak mende g dibuat..time tu plak dpt duit undi(huhu)..pastu plak time tu tension manjang..tu yg panjang langkahnye utk melepaskan tension..huhu..Mengenang kembali antara yg dibuat taun lepas mase cuti musim sejuk..antaranye :
  • kt tanta..erm..cam biase..(paham2 sendiri udah le..huhu)mencuba resepi baru..hu-ha-hu-ha..gi tgk bola time perlawanan antara kamsis di tanta(tgk je..ujan time tu..maen ujan jap..balik..demam)..berehat dirumah utk beberape hari..
  • gi kaherah..menziarah sahabat di sane..iktikaf di masjid azhar,jln2 kt hussain dan sekitarnye..wat sedikit urusan peribadi..gi asfour(bisnes skit kononnye..hihi)..lepak ngn razin..dn mcm2 lg.xingat la plk..huhu..
  • gi zagzik..temankan member balik umah die jap..xsampai beberape jam kt stu gerak ke dumyat..
  • gi dumyat..ziarah sahabat(emy)..tangkap kerang..mencari makanan laut di pasar..jln2 dumyat adim..mencuba pelbagai resepi berasaskan kerang dn makanan laut laen(hehe)..belajar buat blog ngan ust. bobot..mencari rahsia kejayaan pelajar jaid jiddan yg bername emy..
  • gi alex..gerak sorang..hantar barang n kirim brg utk disend ke mlysia..menyusuri tepi lautan dari pantai assafirah(klau x silap)..sampai mane2 ntah..huhu..then naek metro(cm ketapi) gi steferano(camtu la bunyi name tempat tu..huhu..sebuah kompleks shopping..sekadar meronda2 shj)..n jln2 tnpa haluan di sane hnye berpandukn sekeping peta sampai ptg..gi stesen ketapi..balik..
  • gi sinai..kemuncak cuti kt sni..program lawatan anjuran dpmt..byk tempat dilawati antranye terusan suez,hamam firaun,uyun musa,n menikmati permandangan padang pasir dan gunung2 batu di kwsn yg tandus..gi st.catherin..menjejaki peninggalan nabi musa di wadi arbaein..mendaki jabal musa dan berjaya menaklukinye(penat woo..)..ziarah maqam nabi Salleh dan Harun..gi sempadan israel..then gi dahab..best kt sni..bandar perlancongan yg terletak di persisiran laut merah..t ade mase aku post la pasal nih..
tu la antara bende yg dibuat cuti taun lepas..taun ni??erm..oleh kerana timbul kesedaran dan hidayah bhawa dtg kesini bukan sbgi seorng pelancong atau pencinta alam sekitar yg berjaya..ditambah plak dgn byk madah utk taun ni..so aktiviti pengembaraan dikurangkan bg cuti ini..maybe ditunda pas exam nnti kot..hehe..segalanye mungkin..ewahh..

ape yg pasti insyaallah gi kaherah jap pasni..ade urusan skit..pastu ziarah sahabat yg berada di dumyat..then duk umah je la kot..prepare awal2 utk sem dpn..dan menyambung kembali projek2 ilmiah yg tergendala..x lupe juge belajar utk berjimat cermat..huhu..

sekian saje utk kali ini..n doakan aku disini..bye..





love u n miss u mak...-------------------------------------->






p/s:-love u too..hehe..segalaNye muNgkiN...

Tuesday, January 27, 2009

tarikh tasyrik..

salam..
skrg kul 3a.m lebih..ketika semua jiran2ku tgh tido agaknye..aku masih mempunyai perjuangan yg harus diselesaikan...esok merupakan paper last aku exam fasa ni..subjek:tarikh tasyrik..sepatutnye paper ni aku da selesaikan dua tahun yg lepas..erm...tp mungkin ade hikmah disebalik semuanye ni..wallahua`lam..

tibe2 aku rase keseorangan kali ni..ahli bait(housemate)aku semua da free exam sejak minggu lepas lg..n rate2 member2 yg laen sedang meraikan hari kemerdekaan mereka..kucing aku plak girang gembira terlompat kesane-sini seolah-olah xde masaalah(ade masaalah ke die tu?lapr je carik aku..huhu..)suasana exam seolah2 x pernah ade seperti 2-3 minggu kebelakangan ni..di malaysia pula ramai yg bercuti sempena thn baru cine..ade yg gi hari keluarge..picnic..seminar..kem..n mcm2 ar..

aku plk...erm..berazam taknak amek lg paper ni utk taun yg akan dtg..ni baru pas study la ni..huhu...tibe2 kesunyian menjelma..member2 yg sejak 2 menjak ni bersengkang mata sedang membuta..kucing yg x pernah nak kenyang tu pun da hanyut didlm mimpi2nye..kini kurase keseorangan..ditambah pula dgn kesejukan..nak meluahkan yg terbuku di hati masing2 bz..pastu..terpikir la plak ape yg terjadi seandainye x bangun pgi easok..huhu..mintak dijauhkan la oii...

erm..kla..saje membuang masa sementara menunggu air dlm cerek masak..lapor la plak kan mlm2 camni..nasib baek stok makanan ringan baru di upload..start taun ni makan bertambah..berat je yg x tambah2..kdg2 cam susut berat bdn ni..huhu..entah la...

kla..nak buat air..study..smyg subuh...n study...n gi exam..doakanku najah..amin..

chow..salam..

Thursday, January 8, 2009

...::::Da'iyat Students(women) at al-Azhar University:::..

;;;;;israel : negara JAHANAMM!!!!




NEGARA JAHANAM`S FLAG..


lokasi : bekas kubu israel,sinai,egypt.

P/s : mungkinkah semua ini akan berakhir???segalaNya muNGkin...

Saturday, January 3, 2009

Taubat Seorang Hamba - Irsyadee (ft. Hafiz Hamidon)


Taubat Seorang Hamba - Irsyadee (ft. Hafiz Hamidon)


hari berganti hari..tahun silih berganti..umur kian meningkat..mati semakin menghampiri..setiap detik dosa kian bertambah..Ya Allah..bimbinglah daku..jgn biarkanku jauh dari-Mu..terimalah taubatku..hanya kpd-Mu Ya Allah tempat ku mohon pengampunan..sesungguhnya dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..amin..

p/s : mampukah ku berubah??segalanYa munGkin....