Monday, October 13, 2008

RAWATAN MELALUI PINGGAN PUTIH??




Kitab Jami’li AhkamAl-Quran oleh al-Qurtubi mendefinasikan Annusyrah ibarat pada suatu benda yang ditulis padanya nama-nama Allah atau ayat-ayat Al-Quran, kemudian dibasuh dengan air dan disapu atau diberi minum kepada pesakit


Kitab Jami’li Ahkam Al-Quran, jilid 9, halaman 318 oleh al-Qurtubi menyatakan Annusyrah adalah sejenis rawatan istimewa dan mempunyai kelebihan tersendiri dan kedudukannya adalah tidak lebih daripada wuduk Rasullullah S.A.W.


Kaedah rawatan pinggan putih merupakan usaha yang biasa diamalkan oleh para ulama silam yang menggunakan kaedah ini untuk pelbagai hajat dan penyakit. Ia pernah dipelopori tokoh perubatan Islam terkemuka zaman lampau seperti Ibnu Sina, Al-Khindi, Al-Razzi, Al-Biruni, Al-Ghazali, Al-Mawardi, Al-Zahrawi dan Al-Haitham.

cara penghasilannya:-



Bermula dari penulisan kalimah-kalimah Al Quran di atas pinggan putih dimana penanya diperbuat dari ranting kayu manakala dakwatnya diperbuat dari filamen Za’faran @Saffron. Kemudian kalimah tersebut dilarutkan di dalam Air Zamzam di atas pinggan putih itu lalu ditilawahkan sebelum diikhtiarkan menjadi penawar.
utk makluman lanjut sila layari www.pingganputih.com/qiem
p/s:boleh ke menyembuhkn penyakit melalui rawatan pinggan putih??seGAlanya MUNGkin..sesungguhnya ALLAH maha penyembuh dan menyukai hambanya yg berikhtiar dan memohon keredhaannya.